Tuesday, November 27, 2012

Ya Allah, tenangkan jiwa Hamba2MU


Bismillah..
Hari ini sudah 13 Muharram 1434H. Hampir 2 minggu dia tahun baru hijrah. 
Semalam, jiwaku menjadi racau. Terfikir di minda sedar,"ya Allah, apa yang telah aku lakukan? apa dosaku yang tak ku ingat ini yaAllah??" 
Sungguh aku takut Ya Allah.
Takut pada apa yang aku tidak tahu.

Alhamdulillah, ku baca zikir2 al-mathurat. 
Tenang jiwa. 
Rasa sebak pula.
Ya Allah, Kau uji jiwaku.


Tuhanku Rabbul Jalil
Tabahkan hatiku
Kuatkan imanku
Berkatilah amalanku..

Ya Rabbul Izzati
berkatilah usaha sahabat2ku
dalam mereka menegakkan Islam
dalam mereka menuntut ilmu
Ya Allah
kuatkan jiwa sahabat2ku
moga mereka beramal ibadah dengan roh Islam
jangan Kau jauhkan kami dari ni'mat  iman, islam dan ihsan.

Amin Ya Rabbal A'lamin.

Thursday, November 22, 2012

Berbaik-baik Sesama Jiran


Berbaik-baik Sesama Jiran

Tarikh: 
 Nov 20, 2012
Riwayat: 
 Bukhari dan Muslim
Kategori: 
 Akhlak
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seorang jiran melarang akan jiran tetangganya yang lain memacakkan kayu pada dindingnya”. Kemudian Abu Hurairah berkata, “Mengapa aku lihat kamu berpaling (daripada peraturan atau sunnah Rasulullah)!..Demi Allah, aku akan wajibkan sunnah nabi ini antara kamu (untuk diamalkan)”. 

Huraian Hadith: 
  1. Islam melarang mengganggu ketenteraman jiran.
  2. Apa yang dilakukan oleh jiran tetangga untuk kebaikan janganlah dilarang atau diganggu.
  3. Sebarang gangguan dan penentangan boleh merenggangkan hubungan dengan jiran.
  4. Jiran tidak harus melarang jirannya daripada melakukan sesuatu yang bermanfaat dan tidak memberi mudharat, sama ada pada bangunan atau lainnya.
  5. Kerjasama antara jiran adalah satu daripada fenomena persaudaraan islam dan imbangan sosial.

Sumber : Kitab Riyadh al-Solihin

SOLIDARITI MAHASISWA DAN ANAK MUDA UNTUK GAZA !


SOLIDARITI MAHASISWA DAN ANAK MUDA UNTUK GAZA !

23 November 2012 ll selepas solat jumaat ll berkumpul di Masjid Tabung Haji ll berarak ke Kedutaan Rasmi Arab Saudi di Malaysia ll Tema pakaian HITAM

Thursday, November 1, 2012

nahnu ansarallah.


Generasi Hawariyyun ; penolong-penolong agama Allah

  1. Firman Allah s.w.t :
    "Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada Alhawariyyun (pengikut-pengikutnya yang setia): "Siapakah yang akan menjadi hawariyyun (penolong-penolongku untuk menegakkan agama) Allah?" Alhawariyyun (Pengikut-pengikut yang setia) itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang."(Assoff : 14)
  2. Rasulullah saw bersabda,

    "Tidak ada seorang nabi pun yang diutus Allah kepada salah satu umat sebelumku, melainkan ia mempunyai hawariyyun dari umatnya, orang-orang yang mengambil sunnahnya dan melaksanakan perintahnya. Kemudian sesudah mereka datanglah generasi-generasi yang berkata apa yang tidak mereka katakan, dan mengerjakan apa yang mereka tidak diperintahkan untuk mengerjakannya. Maka, barangsiapa berjihad melawan mereka dengan tangannya, ia orang Mukmin. Dan barang siapa berjihad melawan mereka dengan hatinya, ia orang Mukmin dan di hati orang tersebut tidak ada iman seberat biji pun." (HR. Muslim)