Terima kasih Tuhan.. Kau beri kami sahabat buat menghadapi susah senang.
Berpagi-pagi sambil mentelaah pelajaran , kawanku bertanya, "bila tarikh israk mi'raj??"
Minda mula berfikir, "27 rejab kan?"
"rasanya la.."
saya confirmkan dengan mr google..ya, betul.
Alhamdulillah. Satu perkara yg sepatutnya ingat, hampir terdelete dari minda sedar.
"Hari ini berapa hari bulan?"
Tersenyum kami...xtahu..check2...
"20 rejab 1433 hijrah dah la.."
Allahu rabbi, sudah 20 hari rupanya..
Apa ibadahku di bulan mulia ini...
Apakah Dia akan menyampaikan kita kebulan mulia seterusnya??
Siapa kita untuk mengetahui apa kita masih hidup atau tidak pada saat akan datang..
Nauzubillahimin zalik.
Alhamdulillah, peringatan dikala musim peperiksaan.
NOTA CINTA:
jangan tinggalkan akhirat apabila mengejar dunia.
Saat belajar, niatkanlah kerana Allah, moga ulangkaji kita menjadi ibadah buat bekalan akhirat.