Wednesday, April 15, 2015

Ujian Saringan Thalasemia


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, masih miliki kudrat menulis. Lama jejak kutinggal. Sekarang haru disambung.

Berbalik kepada ujian saringan HIV yang lepas, alhamdulillah negatif HIV. Tetapi darahku yang kurang normal membawa kepada Ujian Saringan Thalasemia.

Hari isnin lepas ambil keputusan HIV, 13hb Mei datang semula ke Klinik Kesihatan Jitra untuk ambil darah. Jururawat  tu bekalkan saya folic acid dan ferrous fumarate untuk dimakan selama sebulan sebelum ambil darah.

Asid folik selalunya diberi kepada orang mengandung. huhu. Apakan daya, ku jua harus makan. >_<

____________________________

Ibuku mengira di kalender," 6 minggu lagi nak kenduri."
Saya, "hmmmm"
Pelbagai perasaan singgah.
Apa hidupku akan berubah 180 darjah, 270 atau 360 darjah? Bersediakah melangkah ke alam rumahtangga? 
Renungan buat kau dan aku. 
____________________________


Monday, March 23, 2015

Ujian HIV Bakal Pengantin

Assalamualaikum.

Today to Shaaban. Less than 3 months. 

Pagi tadi selesai pos laju kad jemputan ke Sarawak dan N.Sembilan. Kos penghantaran sahaja sudah RM41.50. Allahu. Wang keluar begitu pantas. Bayaran untuk kad semalam sahaja RM820. Untuk kedua-dua belah kenduri. 

Kemudian, saya ke Hospital Jitra bertanyakan di mana boleh dibuat Ujian HIV untuk bakal pengantin. Di situ tiada servis ujian, staf hospital suruh ke Klinik Kesihatan Jitra dekat Klinik Pergigian. Maka, pergilah saya ke sana. hehe.. 

Semalam, saya wasup kakngah, sepupu yang nikah hujung tahun lepas bertanya di mana tempat dia buat ujian HIV. Katanya Klinik Kesihatan Changlun sebab klinik tersebuat menghala ke rumah dari tempat kerja. hmm.. Jalan mati.

Patah balik cerita tadi, sampai tempat klinik gigi saya cari pulak tempat nak buat ujian HIV. Tanya staf situ, katanya ujian tu dibuat di Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Haha. Sepatutnya saya boleh buat dah tadi tetapi maklumat bakal pasangan pulak tiada. Lain kali saya datang lagi.

Ujian HIV untuk bakal pengantin di Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Jitra boleh dibuat pada hari AHAD, ISNIN dan SELASA sahaja.

Pastikan kamu tahu maklumat pasangan kerana ianya diperlukan untuk isi borang. =)
 -nama pasangan
 -no. kp.
 -alamat
 -no. telefon rumah
 -no.telefon pejabat
 -no. handphone
 -pekerjaan
 -alamat tempat kerja

^_^  Sekian sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi.  ^_^ 

Tuesday, March 10, 2015

Countdown la sangat

Assalamualaikum. 

Bulan 3 sudah. Walaupun belum bekerja sepenuh masa, saya tetap sibuk. haha. Bekerja dari rumah. 
Tat nanas.
Kek keju meleleh.

Menuju tarikh keramat, macam-macam perlu disediakan. Satu persatu list ditanda. Tapi ujian HIV saya belum buat. Nantilah. 

Sekarang ni tengah cari ilham nak tempah jurumekap ataupun tidak. Ayah kata mekap sendiri. hihi. 

Veil & crown sudah booking.
Kasut pengantin pun sudah beli.
Tapi baju belum siap.

Lagi??

Cadar pengantin mummy kata nak beli. 
Tudung nak kena cari sampai tiga. 

Banyak lagi ni. Nanti kitA sambung.

__________________________________________

Doakan semuanya berjalan lancar. Amin.

Monday, February 23, 2015

Kenduri di Chemor, Perak

Assalamualaikum,

Hari sabtu lepas berkesempatan ke Chemor untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu bonda.


Ramai saudara-mara yang cuti dan balik ke Perak, jadi bolehlah jumpa. Antara hotstuff masa kenduri ini...saya nak kahwin. haha. Bonda duk spread the news..

Moga-moga ramai la mereka kaum kerabat datang mencemar duli di walimah nanti. Gembira la kut. haha. Yang bestnya, saya belum bekerja sepenuh masa. Setakat buat tat nanas dan jahit baju apalah sangat.





Thursday, January 29, 2015

Cari Idea untuk....

Assalamualaikum..

...Hantaran.

Sebenarnya lebih kepada nak tinggalkan jejak. Nanti berguna bila nak buat bekas hantaran. =) Ini gara-gara mahu kurangkan belanja. Almaklumlah, belum bekerja.

Ungu putih

Unik

Ok, nanti sambung survey.
 


Monday, January 26, 2015

Tanyalah Ustazah 2015


TANYALAH USTAZAH JANUARI 2015

Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria

Tajuk: AZAM SEORANG ISTERI