Assalamualaikum..
...Hantaran.
Sebenarnya lebih kepada nak tinggalkan jejak. Nanti berguna bila nak buat bekas hantaran. =) Ini gara-gara mahu kurangkan belanja. Almaklumlah, belum bekerja.
Ungu putih
Unik
Ok, nanti sambung survey.
Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)
Showing posts with label Pelangi. Show all posts
Showing posts with label Pelangi. Show all posts
Thursday, January 29, 2015
Sunday, August 17, 2014
Sunday, December 29, 2013
"TwO"
| Mickey & Minnie [lama tak layan kartun ni] |
^__^
Two is better than one. Just a warm up session before study.
Keep calm and continue study.
Saturday, August 24, 2013
Syair Aminah Qutb
kitA cintA kEpadA manUsiA,
tak sEmestinyA manUsia cintA kEpadA kitA,
tetApi sEkiranyA,
kitA cintA kepadA Allah,
nEscayA CintA ALLAH tiadA pEnghUjungnyA,
sEkiranyA,
kitA cintA kEpadA manUsia,
kitA akAn cEmbUru pAda orAng yang
mencintAi orAng yanG kitA cintAi,
teTapi sEkiranyA,
kitA cintA kepAda ALLAH,
kitA akAn turUt mEncintAi orAng yAng
mElabUhkan cintAnya kEpada ALLAH juga.
ya ALLAH,
andainyA diA adAlah jOdohku
yAng ditEtapkan oleh-MU
kepAdakU,
mAka,
CampAkkanlAh kE dalAm hatinyA,
cintA kEpadAku adalAh keranA-MU.
Namun,
andainyA dia BukAnlah jodOh yAng
ditEtapkan oleh-MU kepAdaku,
bErikanlAh aku kekUatAn agAr pAsrah
dAlam MenghArUngi ujiAn,
yAng KAU bErikAn kepAdakU..
Wednesday, June 19, 2013
Sunday, May 12, 2013
Friday, March 29, 2013
Baking Memories =)
Assalamualaikum. Today is Firday. =)
ENJOY..
| Chocolate cake.. |
| Before bake. |
| Inside oven. |
| this picture not clear right.. =D |
| Tadaaa.. After baking. |
| Fruit tart.. |
| This is snow cheese cake. |
DONE..
~memasak dengan kasih sayang. ;-)
Sunday, March 24, 2013
Ayah dan Anak
Assalamualaikum.. sungguh aku rindu pada lelaki ini. Dia yang mendidikku sedari kecil hingga dewasa. Allah, berikan kesihatan yg baik buatnya. Jagakan dia ya Allah.
Ayah
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man
http://liriknasyid.com
ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
Aku semakin dewasa
ini bererti
ayah semakin tua
sebuah hakikat dan realiti kehidupan
terima kasih ayah..
| @ Jengka 14, Pahang. 1991. |
| @ Jitra, Kedah. 2012. |
Ayah
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man
http://liriknasyid.com
ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
Saturday, March 16, 2013
Tips berurusan dengan lelaki
Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi
Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati.
1. Elakkan berurusan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.
2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.
Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:
“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.
Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan?
3. Tundukkan hati: Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa, “Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”
4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.
So, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”
Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang buat. Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Qur’an baru nak buat kot. Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nya…
5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu dan tak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.
Jaga diri, hiasi peribadi.
P/s: Pesanan sahabat kepada sahabat…
Sumber: Halaqah.net
Wednesday, February 6, 2013
Kejayaan adalah seperti MAGNET
Orang yang berjaya, akan menarik orang yang berjaya yang lain menghampiri mereka seperti magnet.
Pernah saya menulis tip mengenai “success breed success”. Ini adalah sebabnya…
Apabila seseorang itu berjaya, mereka akan dapat menarik orang-orang berjaya yang lain menjadi bulatan kenalan. Oleh sebab kita akan menjadi seperti orang-orang disekeliling kita, maka, seseorang itu akan bertambah kejayaannya oleh kerana dapat “associate” dengan mereka berjaya yang lain.
Kejayaan pertama adalah yang paling sukar.
Tetapi,
sekali anda mencapai kejayaan yang pertama, kejayaan kedua, ketiga,
keempat dan seterusnya akan menjadi semakin mudah oleh kerana kejayaan
adalah seperti magnet!
http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/kejayaan-adalah-seperti-magnet/
Wednesday, December 26, 2012
Nak berjaya??
Assalamualaikum.. selamat pagi semua.
hari ini sudah 12 safar 1434hijrah.
Minggu ini minggu study week bagi saya.
Di sini saya nak kata...
saya nak berjaya dalam pelajaran..
saya nak awak tahu, saya nak berjaya.
Tolong doakan saya.
InsyaAllah, nak berjaya perlu ada sifat2 orang berjaya.
di bawah ni saya link kan sifat2 orang cemerlang..
http://www.telagabiru.net.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=262:sifat-orang-cemerlang&catid=42:artikal&Itemid=367
Tuesday, December 18, 2012
Ketahuilah sahabat..
Sahabat
ingin sekali aku
khabarkan padamu
bahawasanya
cinta aku ini buat Rabbul Jalil
Dahulu
tidak pernah aku meragui
yang dia itu aku sukai
tetapi
Allah...
yang menjadi tempat aku meluah rasa
Dia lebih mencintai aku
Dia lebih menyayangi aku
Dia lebih dari segalanya
Dia membuatkan aku lebih mencintai Dia
Allah...
Dia melenyapkan segala rasa
tentang cinta aku pada manusia
terima kasih ya Allah
Saat ini
pabila adanya pertemuan
antara aku dan 'dia'
tiada kata-kata dari hati
juga mulutku
Ketahuilah sahabat
hatiku bisu
mulutku terkaku
mataku..
ahhh...
mataku memandang
tetapi
sekejap cuma
Tiada kata yang dapat ku lafazazkan
untuk menggambarkan perasaan ini
Betapa bersyukurnya aku
atas nikmat ini
Sahabat
sayangnya aku pada kamu
kerana Allah
insyaAllah
'Dia' itu juga kusayangi
kerana Allah
atas dasar sahabat perjuangan
Ya Allah, jagakan sahabat-sahabatku di mana sahaja mereka berada.
Ya Allah, jagakan hati mereka.
Ya Allah, perbaharui iman mereka, juga jagakan aqidah sahabat2ku.
Ya Allah, aku sayang mereka kerana Engkau.
Monday, December 10, 2012
Wednesday, December 5, 2012
Tersedar hamba..
Assalamualaikum..
Apa khabar? Hari ini alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk saya berjemaah Zohor di surau.
Hari ini juga 21 Muharraam 1434 Hijrah, rabu minggu ke-12 kuliah. Allahu Rabbi. Petang semalam, sebelum tamat kelas Biokimia Analisis, Prof MZ sempat menyatakan," Next Thursday we have a short test.".
Terkejut, tapi apa boleh buat. Terima sajalah.
Lumrah bagi mahasiswa fakulti sains, penhujung semester akan ada 'continuous assessment'. Jika bukan minggu ini, ujian tetap akan ada sama ada minggu depan atau yang satu lagi.
Setakat makluman diriku, minggu depan tiada ujian. Tetapi, minggu ke-14, saya inyaAllah ada 3 ujian yang perlu di hadapi.
Takut dan menyeramkan. Kerana apa? Sebab ia akan nampak seperti 'final exam'. Masaku akan banyak dihabiskan dengan mentelaah.
Bercakap mengenai mentelaah, saya mahu tukar cara belajar.
Wajibkah??
Jawapan yang akan saya katakan pada diri, YA. Kerana saya mahu berjaya.
Macamana saya nak buat?
Adalah... =) Dalam sesi permulaan.
Okey, setakat ini dahulu tulisan saya. Semoga bermanfaat. Waallahua'lam.
Tuesday, December 4, 2012
Mudarat maksiat.
Antara mudarat maksiat sebagaimana kata Ibn Qoyyim Al-Jauziyah :
1) Ilmu terhalang daripada sampai kepada pelakunya
2) Pintu rezekinya terhalang
3) Urusannya menjadi susah
4) Kegelapan akan menyelaputi hatinya
5) Maksiat hanya akan melemahkan hati dan badan
2) Pintu rezekinya terhalang
3) Urusannya menjadi susah
4) Kegelapan akan menyelaputi hatinya
5) Maksiat hanya akan melemahkan hati dan badan
Melazimi maksiat adalah jalan menuju kematian hati. Meninggalkannya adalah kehidupan bagi hati.
Tinggalkanlah ia. Kerana keenakan maksiat hanya sementara sedangkan dosa kekal lama sekiranya kita tidak bertaubat. Lazimi diri dengan kebaikan meskipun dengan keletihan dan kepayahan, kerana kepayahan dan kesusahan itu akan hilang sementara kebaikan itu kekal hingga ke akhirat kesannya.
Saturday, December 1, 2012
Tuesday, November 27, 2012
Ya Allah, tenangkan jiwa Hamba2MU
Bismillah..
Hari ini sudah 13 Muharram 1434H. Hampir 2 minggu dia tahun baru hijrah.
Semalam, jiwaku menjadi racau. Terfikir di minda sedar,"ya Allah, apa yang telah aku lakukan? apa dosaku yang tak ku ingat ini yaAllah??"
Sungguh aku takut Ya Allah.
Takut pada apa yang aku tidak tahu.
Alhamdulillah, ku baca zikir2 al-mathurat.
Tenang jiwa.
Rasa sebak pula.
Ya Allah, Kau uji jiwaku.
Tuhanku Rabbul Jalil
Tabahkan hatiku
Kuatkan imanku
Berkatilah amalanku..
Ya Rabbul Izzati
berkatilah usaha sahabat2ku
dalam mereka menegakkan Islam
dalam mereka menuntut ilmu
Ya Allah
kuatkan jiwa sahabat2ku
moga mereka beramal ibadah dengan roh Islam
jangan Kau jauhkan kami dari ni'mat iman, islam dan ihsan.
Amin Ya Rabbal A'lamin.
Labels:
Pelangi
Location:
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Thursday, November 1, 2012
nahnu ansarallah.
Generasi Hawariyyun ; penolong-penolong agama Allah
- Firman Allah s.w.t :
"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada Alhawariyyun (pengikut-pengikutnya yang setia): "Siapakah yang akan menjadi hawariyyun (penolong-penolongku untuk menegakkan agama) Allah?" Alhawariyyun (Pengikut-pengikut yang setia) itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang."(Assoff : 14) - Rasulullah saw bersabda,
"Tidak ada seorang nabi pun yang diutus Allah kepada salah satu umat sebelumku, melainkan ia mempunyai hawariyyun dari umatnya, orang-orang yang mengambil sunnahnya dan melaksanakan perintahnya. Kemudian sesudah mereka datanglah generasi-generasi yang berkata apa yang tidak mereka katakan, dan mengerjakan apa yang mereka tidak diperintahkan untuk mengerjakannya. Maka, barangsiapa berjihad melawan mereka dengan tangannya, ia orang Mukmin. Dan barang siapa berjihad melawan mereka dengan hatinya, ia orang Mukmin dan di hati orang tersebut tidak ada iman seberat biji pun." (HR. Muslim)
Tuesday, October 16, 2012
Friday, October 5, 2012
Pilihanraya Kampus U.Malaya 2012
Kali ini saya mahu kongsikan dengan pengguna alam maya tentang PRK universiti malaya... =)
Ada orang takut mendengar pilihanraya kampus (PRK) UM.
Ada juga yang tidak suka.
Ada juga yang teruja untuk mengetahuinya.
Bagi saya yang telah lama di Universiti malaya, setiap PRK membawa pengalaman berbeza kerana orang yang terlibat juga majoritinya berbeza.
PRK yang dulu-dulu kita biarkan dulu. Sekarang saya nak kongsi PRK sedikit sebanyak yang perlu saja. Nak cerita semua,, banyak insiden yang berlaku..
Tarikh penting dalam PRK UM 2012..
20/9 : Penamaan Calon
21-24/9 : Fasa Berkempen
25/9 : Hari Pembuangan Undi
Di pihak mana saya?
Pro-Mahasiswa..
Kali ini, saya menjadi pencadang kepada calon fakulti sains, saudari Fasihah Ibrahim, merangkap junior di kolej kediaman. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada dia.
Tahniah dan Takziah atas pelantikan.
![]() |
| Tika ini fasa berkempen, saya mengambil peluang bersama sahabat saya bergambar dengan bendera.. |
![]() |
| Mereka fan club calon. =) |
![]() |
| Jubah tidak menghalangku bergiat aktif. =) |
![]() |
| Bergambar kenangan selepas konvoi hari terakhir berkempen. |
Di bawah, saya sertakan Lagu rasmi Promahasiswa UM. Penulis lirik untuk lagu ini merupakan aktivis mahasiswa yang telah bergraduasi.
![]() |
| Calon fakulti Sains yang menang. Alhamdulillah. |
Tetapi, proses selepas pilihanraya untuk pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UM) sesi 2012/2013 masih belum selesai.
Kuharapkan proses ini berjalan dengan lancar, InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















