Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

Just Smile



"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramal makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." 

[HR Tirmizi dan Abu Dzar]


Thursday, November 22, 2012

Berbaik-baik Sesama Jiran


Berbaik-baik Sesama Jiran

Tarikh: 
 Nov 20, 2012
Riwayat: 
 Bukhari dan Muslim
Kategori: 
 Akhlak
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seorang jiran melarang akan jiran tetangganya yang lain memacakkan kayu pada dindingnya”. Kemudian Abu Hurairah berkata, “Mengapa aku lihat kamu berpaling (daripada peraturan atau sunnah Rasulullah)!..Demi Allah, aku akan wajibkan sunnah nabi ini antara kamu (untuk diamalkan)”. 

Huraian Hadith: 
  1. Islam melarang mengganggu ketenteraman jiran.
  2. Apa yang dilakukan oleh jiran tetangga untuk kebaikan janganlah dilarang atau diganggu.
  3. Sebarang gangguan dan penentangan boleh merenggangkan hubungan dengan jiran.
  4. Jiran tidak harus melarang jirannya daripada melakukan sesuatu yang bermanfaat dan tidak memberi mudharat, sama ada pada bangunan atau lainnya.
  5. Kerjasama antara jiran adalah satu daripada fenomena persaudaraan islam dan imbangan sosial.

Sumber : Kitab Riyadh al-Solihin

Friday, October 12, 2012

Doa Ketika Dalam Kesusahan




لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maksudnya: Tiada tuhan selain Allah Yang Agung lagi Maha Belas Kasih, tiada tuhan selain Allah Tuhan Arasy yang agung, tiada tuhan selain Allah pemelihara langit dan bumi serta Arsy yang mulia (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



..rujukan: facebook majalah al-ustaz..

Friday, October 5, 2012

Selawat..

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
[An-Nasa'iy, 1292, sahih]

Monday, May 14, 2012

NGERTI KAMU ???





satu sabda Nabi SAW yang begitu mendalam maksudnya. Ia telah direkodkan oleh At-Thabrani.

Ada tiga perkara yang membuat kita celaka.
1-Kedekut.
2-Tewas kepada nafsu.
3-Bangga dengan diri sendiri.

Ada tiga perkara yang membuat kita selamat.
1-Adil dalam setiap tindakan.
2-Berbudi pekerti mulia sesama manusia tidak kira siapa.
3-Takut kepada Allah saat terbuka (ada orang melihat) dan saat sunyi.

Ada tiga perkara yang dapat menghapus dosa.
1-Tunggu masuk waktu solat.
2-Berwhuduk pada pagi hari yang sejuk. (bangun awal untuk beribadah)
3-Melangkah kaki untuk solat berjamaah.

Ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat.
1-Memberi makan kepada orang lain.( Bersedekah )
2-Memperbanyakkan salam. (Public Relation yang baik)
3-Mendirikan solat pada malam hari saat orang nyenyak tidur (qiamullail)

Sekadar berkongsi. Waallahua'alam.

Monday, May 7, 2012

DIUJI



Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Aku diuji, kamu diuji. Mereka diuji. Semua manusia diuji.

Tetapi, ketahuilah wahai manusia. Tahap ujian yang Dia berikan berbeza buat kita, bergantung kepada kemampuan kita untuk menghadapinya. Ya, hanya Dia yang lebih dan teerlalu tahu tentang itu.

Allah ada menyatakan dalam KitabNya, bahawa seorang muslim itu diuji untuk melihat tahap keimanannya.

Bersyukurlah insan pabila Dia menguji kamu kerana Dia sayang dan ingat kamu.
Alhamdulillah, sujud syukurku padaMu.

Rasulullah SAW ada bersabda : “sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka mereka itu diberikan dugaan. Oleh sebab itu, barangsiapa yang redhadengan ujian yang menimpanya, maka dia beroleh keredhaan Allah. Dan barangsiapa yang tidak, maka padanya kemurkaan Allah.” (Daripada Anas bin Malik, hadis riwayat at-Tirmizi , Hasan oleh Al-Albani)

Thursday, March 8, 2012

Muslim itu diuji...

Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu,
 dia berkata. 'Aku pernah bertanya :
 Wahai Rasulullah, siapakah orang yang 
paling keras cobaannya ?
 Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang
 akan diuji menurut agamanya. 
Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. 
Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. 
Tidaklah cubaan 
menyusahkan seorang hamba sehingga
 ia meninggalkannya berjalan di atas
 bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah)


Thursday, January 5, 2012

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 
Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”




http://www3.pmo.gov.my/webNotesApp/RqrMainM.nsf/WebQuranBannerMalay?OpenFrameSet

Friday, December 30, 2011

SELAWAT TAFRIJIYAH

Selamat beramal.

Terima kasih pada sahabat saya yang telah memperkenalkan selawat ini bertahun yg lepas.
 Moga Allah memberi ganjaran yang selayaknya buat dia.

Monday, December 5, 2011

jom puasa sunat...

.:|:. JOM PUASA 9 & 10 MUHARRAM .:|:. 

~* Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

~* Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

~♥> Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9, ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya MAKRUH kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

✿ Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

p/s : *
kalau x dapat puasa pada 9 Muharram, boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram..x semestinya berpuasa berturut-turut 9,10 dan 11 muharram tu..asalkan digandingkan dgn 10 muharram itu pun sudah memadai..semata2 hanya utk membezakan puasa dengan org Yahudi* :)

SELAMAT BERPUASA SUNNAT :)

Sunday, September 4, 2011

PuAsA ENAM

"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan kemudian disusul dengan puasa enam hari di bulan Syawal maka puasanya itu bagaikan puasa sepanjang tahun” [Dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya]


Thursday, July 14, 2011

Lelaki KAcak bersama JenAzah

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'




Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"
namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita.