Showing posts with label Cakna Isu. Show all posts
Showing posts with label Cakna Isu. Show all posts

Wednesday, September 23, 2015

Bandaraya Kuching Bandaraya Perpaduan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari Isnin bersamaan 21 September 2015, saya berkesempatan ke Wacana Fikrah Ummah Siri ke-Lapan 2015 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan tajuk “Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Bandaraya Perpaduan – Suatu Penghayatan”, penganjur menjemput Datuk Bandar DBKU sebagai penceramah dan Encik Ami Ibrahim Ketua Editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia sebagai pengerusi wacana.

Wacana ini bermula jam 9:30 pagi dan berakhir jam 11:30 pagi bertempat di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Sebelum ke program ini, saya tidak dapat mengagak apa yang bakal dikupas oleh penceramah. Samada ia menarik perhatian atau membosankan. Walau bagaimanapun, wacana ini agak bermanfaat bagi saya yang baru bermastautin di Petra Jaya ini.

Saya kira wacana ini diadakan di sini rentetan temu bual Datuk Bandar DBKU, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai yang menjadi fokus dalam Majalah Dewan Bahasa untuk edisi September 2015. 


Baru saya tahu bahawa Bandaraya Kuching ini telah diisyitihar sebagai Bandaraya Perpaduan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Dato Seri Adenan Satem pada 1 Ogos 2015.

Dalam ucapan Datuk Bandar yang berpandukan slideshow powerpoint (saya rasa bahan disediakan oleh orang bawahan beliau) , beliau ada menyatakan 12 perkara yang menjadi kriteria Bandaraya Perpaduan, iaitu:
  1. Berstatus Bandaraya
  2. Kepadatan Penduduk Tinggi
  3. Kepelbagaian etnik dan budaya yang besar
  4. Kesatabilan Politik
  5. Keunikan struktur Pendidikan
  6. Kesamarataan Peluang Pekerjaan
  7. Sistem Persekolahan
  8. Pembahagian Biasiswa
  9. Penerimaan Perkahwinan Campur
  10. Penerimaan Kepelbagaian Budaya
  11. Kefahaman Tulin
  12. Keharmonian Sejati


Saya tidak mahu mengupas lanjut tentang 12 kriteria ini kerana ketiadaan fakta yang menyokong.

Datuk Bandar telah mengupas sedikit sebanyak tentang sejarah Kuching yang menjadikan Kuching hari ini. Pertama kali mengetahui Bandaraya Kuching ini dibahagi kepada dua pentadbiran mengejutkan saya, yakni Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Dewan Bandaraya Kuching Selatan (DBKS). Namun, kenyataan ini wajar diterima lantaran pelbagai faktor.

Di Sarawak ini, kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa memjadikan negeri ini unik. Bahasa perantara di antara etnik ini adalah bahasa Melayu Sarawak yang sedikit berbeza dengan Bahasa Melayu yang digunapakai di Semenanjung Malaysia. Tetapi perbezaan ini membuatkan saya lebih peka terhadap percakapan masyarakat untuk belajar dialek Sarawak.

Bangunan pentadbiran DBKU  yang terletak cantik di atas bukit telah saya lawati beberapa minggu lepas. Di bangunan ini juga terdapat Muzium Kucing (meow meow), masuk percuma kecuali jika mahu membawa masuk kamera.


Hampir empat bulan di kota Darul Hana. Masih banyak yang harus dan mahu diterokai. Terima kasih encik suami yang rajin membawa saya ke sana ke mari, mengutip pengalaman sepanjang merantau di sini. ^_^ 

Wednesday, April 23, 2014

Catuan Air


Meski Kuala Lumpur banyak hujan, catuan air tetap berjalan.

Meski air dicatu, saya  tetap bersyukur. Alhamdulillah. Kami di universiti ini baru melalui catuan air ini baru dua minggu. Warga kota sudah menghadapi krisis ini lebih lama, sejak Mac lagi. 

Alhamdulillah, dua hari lepas tiada air. Sebentar tadi, sudak muncul di pili paip bilik air. Bermulah operasi kerajinan bagi mahasiswa menyelesaikan urusan dengan air yang tertangguh. Ini adalah fakta.

Langit gelap lagi, tanda Allah mahu menyuburkan tanah-tanah. 

Saat ini, rindu pula untuk pulang ke bumi jelapang padi. hmmm.. Hanya kaya dengan nama. Populasi penanaman padi sudah berkurang dek kerakusan manusia membina kawasan perumahan. 

Semoga Allah berikan kita kesabaran untuk menyelesaikan krisi air ini. 

Kalau di rumah boleh juga simpan bertong-tong air. Di kolej tak bolehlah. Dengan jumlah pengguna yang ramai. Boleh menyebabkan ketidak-adilan berlaku. Ye ke? Fikir-fikirkan..





Thursday, February 27, 2014

Tiada Air?

Assalamualaikum.

"Blok A takde air. Nak mandi pergi Blok B."
"Blok B dah xda air. Korang pergi Blok C."
Itu cerita semalam.

Hari ini, nak solat subuh masing-masing merayau cari air untuk berwuduk dan bersuci. Ada juga kawan yang tak pergi kelas sebab lambat mandi. Alhamdulillah masih ada air di tempat lain.

Itu kisah mahasiswi cari air. Anda?

Air di Universiti Malaya sudah dicatu. Bagi saya okey lagi, sebab kita tahu air masih ada. Saat ini, apa yang saya rasa adalah Allah sedang uji kita. Mahu kita bersabar. Mahu kita bersyukur tentang nikmat yang sering kita dapat.


Ayat dibawah di post oleh seorang Azam dalam facebook, buat saya berfikir. Terima kasih kerana mengingatkan.

"Katakanlah, Dialah Yang Maha Pengasih, kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya kami bertawakal. Maka kelak kamu akan tahu siapa yang berada dalam kesesatan yang nyata. katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?"

[Al-Mulk ayat 29-30]


Thursday, September 26, 2013

Perginya Seorang Ulama


AL-FATIHAH
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh.

Semoga tenang di sana. Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. 





Saturday, August 17, 2013

DOA UNTUK RAKYAT MESIR



اللهم إني أشهد أن إخواننا في مصر ظلموا وقتلوا بغير حق
قد بلغت أخبار عنهم إهتماما بأمورهم
أسألك يا الله يا قهار يا عزيز احفظ مصر وأهلها من كل شر وفتن
وأهلك الظالمين بظلمهم والمفسدين بفسدهم

Ya Allah, sesungguhnya aku menyaksikan bahawa saudara kami di Mesir dizalimi dan dibunuh tanpa hak,
Sesungguhnya aku telah menyampaikan berita mengenai mereka tanda prihatin dan kecaknaanku apa yang berlaku atas mereka,
Aku memohon kepadamu Ya Allah, Yang Maha Gagah, Yang Maha Perkasa, peliharalah Mesir dan rakyatnya daripada segala keburukan dan fitnah bala
Dan hancurkanlah orang yang zalim disebabkan kezaliman mereka dan orang yang melakukan kerosakan disebabkan kerosakan yang mereka lakukan.

نستغيث يا ربنا، احفظ إخواننا المظلومين والمستضعفين
كما حفظت قوم موسى من ظلم فرعون وجنوده
ونجعلك ولينا وأنت ولي إخواننا من كيد وطغيان المجرمين
أخرقهم يا الله كما خرقوا مسجد الذي صلينا فيه

Kami mengadu wahai Tuhan kami, peliharalah saudara kami yang dizalimi dan yang lemah,
sebagaimana Engkau pelihara kaum nabi Musa daripada kezaliman firaun dan tenteranya,
Kami menjadikan Engkau sebagai pelindung kami dan Engkaulah jua pelindung saudara kamu daripada tipu jahat dan perbuatan melampaui batasa orang yang melakukan kesalahan dan dosa,
bakarlah mereka ya Allah sebagaimana mereka telah membakar masjid (masjid rabiah adawiyyah) yang pernah kami menunaikan solat padanya

اللهم عليك بالسيسي وشركائه
اللهم دمرهم وأهلكهم وأغرقهم
وافتح قلوب الغافلين عن كلماته
واجعلهم من العاملين وإلا عليك يالله بأمورهم

Ya Allah kepada Engkau kami serahkan al-sisi dan konco-konconya
Ya Allah binasakanlah mereka, hancurkanlah mereka dan tenggelamkanlah mereka
bukakanlah hati-hati orang yang lalai dengan kata-kata mereka (yang menyokong dan bersetuju dengan kezaliman dan rampasan kuasa)
jadikanlah mereka daripada kalangan orang yang beramal jika tidak (iaitu sekiranya mereka masih lalai) maka kepada Engkau Ya Allah kami serahkan terhadap urusan (kelalaian) mereka.


~sHAring is CAriNg~

Friday, June 21, 2013

Jerebu lagi

Bismillah. Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah petang tadi selesai menjawab kertas Neurochemistry, di Dewan 4, Bangunan Peperiksaan.

Alkisahnya, jerebu lagi. Ya Allah, jaga kesihatan kami.

Pagi tadi, saya sempat melihat data Indeks Pencemar Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jab. Alam Sekitar. Pulang dari dewan, usai solat Asar, saya kembali melihat IPU. Allah, semakin teruk.

Kalau nak tengok, klik sini.

Dekat semenanjung ni, paling teruk terkesan : Johor. Sampaikan ada sekolah yang telah diarahkan tutup sebab udara sangat tercemar.

Sebab jerebu berlaku sekarang, yang saya dapat dari Jab. Alam Sekitar:

  • Pergerakan asap jerebu tebal dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia.
  • +++
  • tiupan angin dari arah barat daya ---> bawa pencemaran jerebu ke kawasan Pantai Barat & merentasi ke kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Ambil langkah bijak masa jerebu ini, contohnya

  • pakai penutup hidung dan mulut untuk elak jangkitan pada saluran pernafasan
  • tak perlu keluar rumah kalau tiada keperluan
Bandaraya Melaka semalam. Sumber: Berita Harian


^__~
#Semoga diberi kesihatan yang baik buat semua teman-teman sepanjang minggu peperiksaan ini.

#Harapnya ada tindakan dari kerajaan Indonesia dalam mengawal kebakaran sebab kita tak boleh nak kawal angin monsun yang Allah jadikan.




Sunday, May 5, 2013

sUAsana pilihanRAYA di Sekitar Jitra

Assalamualaikum.. Hari ini bakal menjadi sejarah.

PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA 2013.
Tetapi, keputusannya belum keluar lagi.

Sementara itu,

Jom layan gambar  yang saya tangkap semalam. Pas sama naik dengan Barisan Nasional.








Debaran kian terasa..rakayat Malaysia menungu keputusan. Semoga telus dan adil. 



Thursday, November 22, 2012

SOLIDARITI MAHASISWA DAN ANAK MUDA UNTUK GAZA !


SOLIDARITI MAHASISWA DAN ANAK MUDA UNTUK GAZA !

23 November 2012 ll selepas solat jumaat ll berkumpul di Masjid Tabung Haji ll berarak ke Kedutaan Rasmi Arab Saudi di Malaysia ll Tema pakaian HITAM