Friday, April 25, 2014

KLIBF 2014


Assalamualaikum.

Saya sudah sampai di sana pagi tadi. Alhamdulillah. Gembira dalam dunia buku. 
Aktiviti tahunan saya sepanjang menjadi warga kota metropolitan. Mengmbil kesempatan yang ada dalam mewarnai dunia buku, meski bukan saya penulisnya. 

Tapi, suatu hari nanti siapa tahu.

Banyak juga yang saya beli, ditambah dengan tebalnya buku itu.


Tamat sudah sesi shopping buku. 

Rajin, rajin dan teruskan menjadi rajin. 

Selamat membaca. 

Dapat gambar ini dari facebook Galeri Ilmu.




Wednesday, April 23, 2014

Intermediary Metabolism 2 Today's Class

Stress masuk kelas ni pagi tadi.

Dr. cakap dia nak buat review.

So, dia bagi soalan:
Explain on 'Hormonal control of glycogen metabolism'.

Lemah betul bila dia suruh pergi depan, explain guna whiteboard. Ha...
Tak ingat wei. huhu.

Dah lah tak ada drawing langsung dalam buku nota saya.

_____________________________________________

Just now, open past year paper and find out such question.

Year 2009/2010

Glycogen synthesis and degradation are reciprocally regulated. Show how this regulation is coordinated. (15 marks)

Same question in year 2012/2013, with 14 marks.

Year 2010/2011

Discuss the effect and the regulatory mechanisms by insulin in the reciprocal regulation of glycogen metabolism. (14 marks)

_________________________________________

My job right now is:

Answer the question. Why? My instinct, this question topic may be come out in the final exam this June or second test. Be prepared.

_________________________________________

ALL THE BEST!!!

Catuan Air


Meski Kuala Lumpur banyak hujan, catuan air tetap berjalan.

Meski air dicatu, saya  tetap bersyukur. Alhamdulillah. Kami di universiti ini baru melalui catuan air ini baru dua minggu. Warga kota sudah menghadapi krisis ini lebih lama, sejak Mac lagi. 

Alhamdulillah, dua hari lepas tiada air. Sebentar tadi, sudak muncul di pili paip bilik air. Bermulah operasi kerajinan bagi mahasiswa menyelesaikan urusan dengan air yang tertangguh. Ini adalah fakta.

Langit gelap lagi, tanda Allah mahu menyuburkan tanah-tanah. 

Saat ini, rindu pula untuk pulang ke bumi jelapang padi. hmmm.. Hanya kaya dengan nama. Populasi penanaman padi sudah berkurang dek kerakusan manusia membina kawasan perumahan. 

Semoga Allah berikan kita kesabaran untuk menyelesaikan krisi air ini. 

Kalau di rumah boleh juga simpan bertong-tong air. Di kolej tak bolehlah. Dengan jumlah pengguna yang ramai. Boleh menyebabkan ketidak-adilan berlaku. Ye ke? Fikir-fikirkan..





Monday, April 21, 2014

sibukkah aku?

Lama tak update blog.
Misi menghapus kemalasan. meningkat tahap kerajinan.
Visinya graduasi bulan 10 ini insyaAllah.
Kerja keras.

Tetapi, aktiviti sampingan tetap ada.. =) untuk rileks minda.

ok. jumpa lagi.

Tuesday, April 1, 2014

Terinspirasi


Assalamualaikum. 

Akhirnya tamat juga sesi movie 'BEAUTIFUL MINDS'. Dari sesi lepas pensyarah suruh tengok, tapi saya yang kurang berminat nak habiskan. 

Schizophrenia.

Dan, saya terinspirasi dengan John Nash. Walaupun ada mental illness, beliau kuat semangat untuk lawan delusi. Hasil sokongan isteri dan kawannya. 

Real John Nash.


Saturday, March 29, 2014

MISI


Dah macam belajar nak jadi doktor.. ini pandangan saya bila belajar biokimia tapi banyak merujuk buku-buku pelajar perubatan. menarik tu memang la, cuma nak cari buku tu bukan mudah. Alhamdulillah, nasib baik junior ada beli buku yang nak digunakan tu.
Gambar ni pun ambil dari blog "BOOKS TO READ FOR M.B.B.S." ^__^
Selamat berusaha membaca dan ulangkaji ye diriku. Jangan malas-malas. Semester terakhir, peluang terakhir untuk lakukan yang terbaik.
Misi untuk mendapatkan sebanyak mungkin A. InsyaAllah. Walau susah, tetapi TIDAK MUSTAHIL.

Saya cemburu tengok budak-budak sains yang dapat anugerah dekan. Mereka ni bukannya jenis belajar minit terakhir. Tadi pun nampak budak kimia ulangkaji. Kena semangat dan rajin ye kamu.

Ok, dah tamat monolog.

Isnin ni test untuk Intermediary Metabolism 2. Yang guna buku kat atas tu. haha. 
Semoga berjaya.  

Thursday, March 27, 2014

Chernobyl


assalamualaikum.

petang ni membaca bahan umum pula, setelah letih mentelaah pelajaran.

Pernah dengar tentang peristiwa Chernobyl? 'Chernobyl nuclear power plant' meletup dan terbakar di Ukhraine. Peristiwa ini berlaku pada 26 April 1986 yang sangat memberi impak yang teruk dalam pelbagai aspek kehidupan.


Kesan radioaktif yang berlaku dulu itu masih ada sehingga hari ini. Hanya Allah mengetahui betapa dahsyatnya bencana ini.

Sumber mana saya baca? Dari sini.

Bawah ini, gambar-gambar kesan dari 'Chernobyl disaster'. Sumber tumblr.

Kelas yang ditinggalkan.


Dikenali sebagai bandar berhantu.

Kosong.

Sudah berkarat @taman tema.
Biar gambar berbicara.

Tempat operasi.

Ini sejarah yang telah berulang. Mac 2011, di Fukushima Jepun.

>> Ambil ikhtibar. Jagalah alam sekitar kita sebaik mungkin. Malaysia hari ini mungkin tidak sama dengan sepuluh tahun akan datang.