Sunday, November 17, 2013

Tazkirah hari ini

__________________________________________________________ 

Selamat beramal. ~__~

Thursday, November 14, 2013

Sabar wahai diri


Minggu kesembilan

Hari-hari yang bermanfaat. Tapi sungguh letih. Sungguh, diri ini mengharapkan sebuah kesabaran yang amat tinggi untuk berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran.


Pesanan buat diri, jangan kau abaikan amanah Tuhanmu. Tanggungjawab sebagai hamba, anak, pelajar dan pekerja di jalan tarbiyah ini.

Sabar

Allah Ta’ala berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan:200)


Doa Memohon Diberi Kesabaran dan Kekuatan
 رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Tafsirnya:
Ya Tuhan Kami! Limpahkanlah keatas kami kesabaran dan tetapkanlah pendirian kami (untuk menghadapi musuh) dan menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir. (Surah al-Baqarah: 250)


Thursday, October 31, 2013

Buku oh buku

26 Zulhijjah 1434H.

Assalamualaikum. Apa khabar kalian?

Hari ini, sedang mendengar syarahan Dr. Saiful dalam kuliah Biologi Molekul II, hujan turun dengan lebatnya. Ya Allah, moga hujan ini bermanfaat. Saya seawal kelas sudah hilang fokus. Ku cuba untuk fokus, tetapi syarahan itu sungguh tak kufahami.
Allahu Rabbi, apa ini balasan dosaku yang lalu. Ampunkan hamba Tuhan.

Perpustakaan, saya datang usai kuliah. Menghantar dan meminjam buku.

Bukunya mahal, kita pinjam je la. 

Nak fokus pada 'Perpustakaan Universiti Malaya' tapi tak nampak pun. 
Pinjam sudah, masa untuk membaca. Bila? Cuti seminggu pertengahan semester. =)

Ulangkaji untuk subjek juga perlu dilakukan. Jangan lupa.



Melihat dengan Mata Hati

Ustazah Hafizah Musa, IKIM FM

Fokus pada rumahtangga  (family), anak-anak.

Surah al-Furqan ayat 20.

7 perkara penting untuk diyakini dalam rumahtangga (worldview)

1. yakin bahawa rumahtangga itu adalah jalan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah azzawajala.
Ujian yang berlaku ada hikmah. Tanam dalam jiwa kita untuk dapt dalam

2. yakin bahwa kepahitan yang berlaku dalam rumahtangga  kita adalah kafarah atas dosa-dosa kita yang lalu. cabaran dalam mendidik anak-anak zaman sekarang. Kena cari solusi secara matang. jangan terlalu ikut emosi.
Surah al-Qasas ayat 71-73.





Allah suruh kita renung dan berfikir tentang kejadian siang dan malam. Sunnatullah siang dan malam. Begitu juga hidup manusia. Ujian hidup takkan berlaku secara berterusan. Kita kena yakin apa yang berlaku ada hikmah untuk kita.
Berdasarkan ayat 73, Malam itu masa untuk beristirahat dan merasa tenang. Subhanallah.

Jadikan al-Quran sebagai motivator / pembimbing kita.

3. Proses membaiki pasangan dan anak-anak adalah sebenarnya cara untuk kita memperbaiki diri kita sendiri. Itu adalah proses untuk mentarbiyah diri kita. Langkah pertama dalam memperbaiki orang lain adalah memperelokkan diri kita.

Contohnya solat. Cetuskan satu perasaan terpesona dengan nikmat solat. Solat adalah masa eksklusif kita dengan Allah.

SATU pakej : DOA + USAHA + TAWAKKAL


4. Letak pergantungan yang paling tinggi pada Allah.

Kesimpulan : Fikiran kita mesti luas. Jangan memandang sesuatu dengan sia-sia, pandanglah dengan mata hati. Banyakkan bertadabbur al-Quran.







Monday, October 28, 2013

Tips Khusyuk dalam Solat

SHARING...



1) At-TAFAHUM : Memahami semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya.

2) At-Ta'zim : Merasakan kebesaran Allah SWT seolah-olah kita berada di hadapan-Nya.

3) Al-Haibah : Menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah SWT, sejurus dapat merasai kehebatan Allah.

4) Ar-Raja' : Mengharapkan rahmat Allah SWT dengan penuh harapan bahawa ibadat kita akan diterima.

5)
Al-Haya' : Berasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat kepada-Nya.



"Sesungguhnya Solat itu dapat mencegah daripada perbuatan buruk dan mungkar." (Al-Ankabut: 45)

"Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat itu sedang bermunajat dengan tuhannya." (Riwayat Bukhari)