Thursday, September 26, 2013

Perginya Seorang Ulama


AL-FATIHAH
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh.

Semoga tenang di sana. Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. 





Friday, September 20, 2013

Hati Anak Slot Usrati IKIM fm

Sumber: Fb Ikim fm
With Ustazah Hafizah Musa

Kuasa niat
~Kamu akan dapat apa yang kamu niatkan.
~Ajar anak-anak niat dalam setiap apa yang dilakukan. Contoh:
~Macamana kita nak menggambarkan solat itu kepada anak-anak? Nak jadikan solat satu ibadah yang wajib dilaksanakan. '
~surah al-maarij--"manusia itu dilahirkan berkeluh kesah, ayat 19. seterusnya, Allah suruh solat.
Gambaran penting itu membina perpepsi anak2.
Ilmu adalah wasilah. Anak2 harus dibiasakan dengan buku. "Melahap segala pengetahuan dalam buku." Budayakan ilmu dalam rumahtangga.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Ibu bapa harus meraikan anak-anak. Give and take harus berlaku antara ibu bapa dan anak-anak.

Link slot Usrati IKIM fm: http://www.ikimfm.my/index.php?option=com_content&view=article&id=258&catid=34:warna-pagi&Itemid=54


27/10 7.30 pagi, perkongsian dengan wanita. dewan syarahan utama, masjid negara. 0179378264

Friday, September 13, 2013

سورة الطلاق ayat 2-3

Assalamualaikum.

Salam jumaah barakah. =)

Hari ini nak kongsi tentang ayat dalam Surah AT-THALAQ. Lebih kepada akhir ayat 2 disambung ke ayat 3. Pernah dengar 'Ayat 1000 Dinar'?? Ayat 1000 dinar nama yang dikenali bagi dua ayat ini.

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilandaangin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Reference: 
Idea datang dari bacaan 'BERDUA LEBIH BAIK'.
1. Al-quran & terjemahan, 



Sunday, September 1, 2013

Lagi Buku


ASSALAMUALAIKUM. 

Mari kita buat notis. ^__^ Bahan bacaan. Sumber dari facebook sahabat. 


  • CINTA DI RUMAH HASAN AL-BANNA (buku ini adinda sudah beli tinggal nak dibaca)
  • A-Z TENTANG MUNAKAHAT
  • SATU RASA DUA HATI
  • DIDIK ANAK CARA NABI
Just a short lists. 


Saturday, August 31, 2013

Buku Persediaan ke Arah Baitulmuslim

Assalamualaikum. 

Hari ini nak kongsi antara buku-buku yang boleh di baca untuk menyiapkan diri ke alam rumahtangga. 

Matlamat: Ke arah baitulmuslim yang diredhai Allah, terus hingga syurga. =)
Bila mahu ku baca? 

Antara buku yang lengkap tentang pendidikan anak-anak.
Terjumpa dalam website PTS. 

Berkenaan pandangan penulis tentang cinta dan pernikahan.


Ada banyak lagi buku-buku yang boleh dibaca dan diambil ikhtibar. Minggu lepas,di Perpustakaan Awam Jitra, saya terjumpa banyak buku tetapi judulnya tak disalin. InsyaAllah, banyakkan membaca.

Sungguh ilmu itu sangat luas. Subhanallah. 

InsyaAllah, sirah perkahwinan Nabi SAW juga harus ku tahu. Bagaimana Baginda menakhoda bahtera rumah tangganya? Bagaimana kisah ayahanda Abdullah dan ibunda Aminah dalam menjalani kehidupan rumahtangga? 

Tatkala berbicara tentang buku mengenai perkahwinan, saya teringat seorang teman akrab. Beliau punya naskah-naskah yang banyak tentang ini. ^_^ Nampaknya saya harus bertanya dia. 

~Hamba ini baru berjinak-jinak dengan ilmu baitulmuslim. 
~Allah, permudahkan urusanku, ibu bapaku, sahabat-sahabatku dan guru-guruku. 






Sunday, August 25, 2013

RIYAK & IKHLAS


"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya."Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni.
""Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.
"Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya.
Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang- orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?""Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa
ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.
Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.