Friday, March 23, 2012

insan datang dan pergi..


alhamdulillah
saya masih bernafas pada hari ini,yakni pagi ini, spesifiknya saat ini.
Kebelakangan ini, saya banyak mendapat berita tentang kematian.
pemergian saudara terdekat.
pemergian guru
juga 
pemergian kenalan lama..

Saat ini 
terasa sangat yang mati itu pasti
kematian itu sangat hampir dan dekat dengan kita
jangan disangka orang yang sihat akan kekal sihat
jangan disangka mati itu pabila kita sudah tua

ya
semestinya pasti
cuma saatnya tidak tahu

Pada kita yang masih bernyawa
apakah kita sudah bersedia untuk kembali menghadapNya
astaghfirullah...
sungguh banyak dosa kita
dosa yang kita lakukan 
sama ada sedar atau tidak
jadi
hamba-hamba Tuhan
banyakkan istighfar
banyakkan amalan
semoga perginya kita nanti bersama bekalan
ke akhirat yang pasti..



Monday, March 19, 2012

Dengan KuasaMu..



DENGAN KUASAMU ...Nur One



Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta

Tuesday, March 13, 2012

alhamdulillah


alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
terima kasih ya Allah
terima kasih atas ni'mat Mu

Alhamdulillah, tadi saya buka umisisweb.Tengok result terbaru.
Alhamdulillah, pujian hanya untuk Allah, Tuhan yg Maha Pemberi Rezeki.
Gred C- bagi subjek Membrane biochemistry and signal transduction telah dinaikkan kepada C. Alhamdulillah, saya tidak perlu menduduki semula subjek tersebut.
Alhamdulillah.
Doakan kejayaan saya semester ini.
Walaupun sedikit, ia amat bermakna buat saya. =)
Saya dapat merasakan ada sesuatu yang saya perlu lakukan, yang saya belum buat.
Ya, sememangnya ada.
Ada satu perkara yang saya wajib buat tapi, belum dilaksanakan. Macamana ya?? Saya tidak ada kekuatan. Ya Allah, beri saya kekuatan. Hanya Engkau Yang Maha Kuat dapat beri hamba sedikit perasaan berani untuk hamba mendepani perkara itu.

AKhir kalam, saya mahu berjaya.
Berjaya dalam pelajaran.
Berjaya dalam mencari rezeki.
Berjaya dalam beribadah.
Berjaya di dunia.
++++++++
apatah lagi
BERJAYA DI AKHIRAT


BELAJAR KERANA ALLAH
INSYAALLAH
SAYA AKAN BERJAYA