Friday, May 9, 2014

Baru Saya Tahu

Assalamualaikum.

Saya membaca buku Robert T. Kiyosaki, 'Why A students work for C students'. Masih lagi di bahagian pertama tetapi banyak yang sayaa setuju.

Tentang realiti sistem pembelajaran kita yang ketinggalan zaman. Ia tentang Amerika, tetapi juga berlaku di Malaysia.

Baru saya tahu, pelajar di US juga menggunakan pinjaman pelajaran untuk belajar di kolej. Habis kolej, mereka sudah dibebankan dengan hutang. Apa sistem pendidikan di Malaysia ini meniru barat?

Ya.

_____________________________

Belajar tentang kewangan.

Itu wajib bagi saya. Silap perkiraan tentang wang bisa buat kita muflis.

.
.
.
.
.
Teruskan pembacaan. Hadam dan proses.

Comfort destroys ambition. Don't get comfortable.

Wednesday, May 7, 2014

Hampir ke Saat itu


Assalamualaikum.

Selamat pagi yang sudah terang. Senyum. (saya ponteng kelas, sebab semalam tak dapat tidur)

Senyum dan bersyukur. Alhamdulillah. Tadi semak email berkenaan markah Quiz 1 Intermediary Metabolism, dan 18.4/20. Alhamdulillah. Permulaan yang baik. Perlu konsisten ya.

Apakah saat itu?

Sarjana Muda Sains Biokimia. =)
Mahu isi borang pengesahan untuk graduasi. Allah yang maha tahu apa perasaanku. Moga Allah mudahkan laluanku untuk berhenti di hentian kejayaan.

Saat itu telah saya tunda sejak dua tahun yang lalu. Banyak yang saya lalui. Pahit manis perjuangan, bak kata orang. InsyaAllah bakal terbalas tidak lama lagi.

Tetapi, yang menjadi dilema saya adalah dua pilihan samada mahu bekerja atau menyambung pengajian. 

hmm.. ok setakat ini dahulu coretan saya. Moga ketemu lagi.




Friday, April 25, 2014

KLIBF 2014


Assalamualaikum.

Saya sudah sampai di sana pagi tadi. Alhamdulillah. Gembira dalam dunia buku. 
Aktiviti tahunan saya sepanjang menjadi warga kota metropolitan. Mengmbil kesempatan yang ada dalam mewarnai dunia buku, meski bukan saya penulisnya. 

Tapi, suatu hari nanti siapa tahu.

Banyak juga yang saya beli, ditambah dengan tebalnya buku itu.


Tamat sudah sesi shopping buku. 

Rajin, rajin dan teruskan menjadi rajin. 

Selamat membaca. 

Dapat gambar ini dari facebook Galeri Ilmu.




Wednesday, April 23, 2014

Intermediary Metabolism 2 Today's Class

Stress masuk kelas ni pagi tadi.

Dr. cakap dia nak buat review.

So, dia bagi soalan:
Explain on 'Hormonal control of glycogen metabolism'.

Lemah betul bila dia suruh pergi depan, explain guna whiteboard. Ha...
Tak ingat wei. huhu.

Dah lah tak ada drawing langsung dalam buku nota saya.

_____________________________________________

Just now, open past year paper and find out such question.

Year 2009/2010

Glycogen synthesis and degradation are reciprocally regulated. Show how this regulation is coordinated. (15 marks)

Same question in year 2012/2013, with 14 marks.

Year 2010/2011

Discuss the effect and the regulatory mechanisms by insulin in the reciprocal regulation of glycogen metabolism. (14 marks)

_________________________________________

My job right now is:

Answer the question. Why? My instinct, this question topic may be come out in the final exam this June or second test. Be prepared.

_________________________________________

ALL THE BEST!!!

Catuan Air


Meski Kuala Lumpur banyak hujan, catuan air tetap berjalan.

Meski air dicatu, saya  tetap bersyukur. Alhamdulillah. Kami di universiti ini baru melalui catuan air ini baru dua minggu. Warga kota sudah menghadapi krisis ini lebih lama, sejak Mac lagi. 

Alhamdulillah, dua hari lepas tiada air. Sebentar tadi, sudak muncul di pili paip bilik air. Bermulah operasi kerajinan bagi mahasiswa menyelesaikan urusan dengan air yang tertangguh. Ini adalah fakta.

Langit gelap lagi, tanda Allah mahu menyuburkan tanah-tanah. 

Saat ini, rindu pula untuk pulang ke bumi jelapang padi. hmmm.. Hanya kaya dengan nama. Populasi penanaman padi sudah berkurang dek kerakusan manusia membina kawasan perumahan. 

Semoga Allah berikan kita kesabaran untuk menyelesaikan krisi air ini. 

Kalau di rumah boleh juga simpan bertong-tong air. Di kolej tak bolehlah. Dengan jumlah pengguna yang ramai. Boleh menyebabkan ketidak-adilan berlaku. Ye ke? Fikir-fikirkan..





Monday, April 21, 2014

sibukkah aku?

Lama tak update blog.
Misi menghapus kemalasan. meningkat tahap kerajinan.
Visinya graduasi bulan 10 ini insyaAllah.
Kerja keras.

Tetapi, aktiviti sampingan tetap ada.. =) untuk rileks minda.

ok. jumpa lagi.

Tuesday, April 1, 2014

Terinspirasi


Assalamualaikum. 

Akhirnya tamat juga sesi movie 'BEAUTIFUL MINDS'. Dari sesi lepas pensyarah suruh tengok, tapi saya yang kurang berminat nak habiskan. 

Schizophrenia.

Dan, saya terinspirasi dengan John Nash. Walaupun ada mental illness, beliau kuat semangat untuk lawan delusi. Hasil sokongan isteri dan kawannya. 

Real John Nash.