Assalamualaikum, hujung minggu lepas yang kosong diisi dengan aktiviti sukarelawan. Jadi urusetia bahagian pendaftaran semasa seminar yang tertera di atas.
 |
| My tag is 'urusetia'. |
Sudah lama tidak terlibat dalam program, disamping memenuhi masa dapat juga saya bertemu dengan orang-orang alim dalam bidang agama. Subhanallah, tawaduknya mereka.
Sempat saya bertemu wajah Dr. Zulkifli Al-Bakri, salah seorang panel pembentang kertas kerja. Namun, saya tidak berkesempatan mendengar mutiara kata beliau.
Gambar-gambar di bawah diambil dari facebook Yayasan Usuludin Malaysia.
 |
| Jadi kenangan. |
 |
| Beliau yang tawaduk. |
 |
| Serius Prof Kamil menandatangan Sijil untuk peserta. |

Alhamdulillah, seharian bersama sahabat-sahabat Pmapium. Dapat pengalaman, dapat ilmu, dapat kenangan. Terima kasih semua.