Wednesday, February 19, 2014

BISKUT CORNFLAKES


Resepi Biskut Cornflakes (Versi  Lama)


  • 1 kotak cornflake
  • 2 1/2 cawan / 10 oz tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
  • 2 1/2 cawan / 9 oz marjerin
  • 1 1/2 cawan / 5 oz gula halus
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara menyediakan:
1. Pukul gula & marjerin hingga putih.
2. Masukkan tepung & baking powder.
3. Telur dipukul ditempat lain sehingga kembang. Kemudian, masukkan ke dalam adunan tepung.
4. Masukkan esen vanila ke dalam adunan.
5. Hancurkan cornflake sedikit. 
6. Titiskan adunan tadi ke atas cornflake dengan sudu kecil. 

*Bancuhan ini dapat banyak biji.
*Kami gantikan marjerin dengan Buttercup.
*Guna cornflake dalam kotak yang besar, kotak yang lebih kecil tak mencukupi. >_<

Resepi ini saya ambil dari buku resepi bonda, rasanya hampir 20 tahun sudah wujud. Biskut kegemaran saya dan wajib ada setiap kali hari raya.

Wednesday, February 12, 2014

Hatiku diketuk

Assalamualaikum.. 

Ini catatan apabila saya membaca buku Beduk diKetuk. Hasilnya, hatiku diketuk. Minda bergerak aktif memikirkan apa saya juga begitu dan begini?

.
..
...

Salah satu perkara yang saya cukup terkesan, kita sebenarnya mengamalkan Islam mengikut nafsu. Bukan mengambil Islam itu dari semua sudut. Bila difikirkan secara mendalam, ada benarnya kata-kata itu. Kita cenderung mengambil Islam dari sudut yang kita selesa dengannya. Perkara yang kita tidak suka kita akan tinggalkan padahal itu yang sebaiknya. 


"Islam itu dinamik, kreatif dan produktif."

"Pujuk hati agar berbahagia dengan keikhlasan bukan dengan harapan agar orang yang tidak sehaluan dimusnahkan. Tidak ada ketenangan jika wujud kebencian."
...
..
.
Ada banyak cerita yang boleh diambil ikhtibar.

Terima kasih Allah kerana hadirkan minda yang sihat, buku itu adalah wasilah Allah mengingatkan kita tentang hidup yang sementara ini. 

Sunday, January 26, 2014

SKIZOFRENIA

English name is SCHIZOPHRENIA.

Bahasa Melayu adalah SKIZOFRENIA.

Skizofrenia ialah penyakit mental kronik yang teruk berlaku pada bahagian otak manusia. Pesakit pkizofrenia boleh mendengar suara yang orang lain tidak dapat dengar. Mereka percaya bahawa orang lain boleh membaca fikiran mereka, kawal pemikiran dan merancang untuk mencederakan mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka menjadi gelisah.

Pesakit selalunya akan bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal. Mereka boleh duduk selama berjam-jam tanpa bercakap dan bergerak. 

Di Malaysia, penyakit-penyakit mental termasuk skizofrenia banyak dibincangkan oleh Persatuan Psikiatri Malaysia (Malaysian Psychiatric Association). Persatuan ini terdiri daripada pakar-pakar psikiatri yang diketuai oleh Presiden, Dr. Abdul Kadir Abu Bakar. 

Rujukan buku :

title: Schizophrenia (3rd Edition) ,2011
writers: Danial R. Weinberger & Paul J. Harrison
publisher: Wiley-Blackwell

Filem berkenaan penyakit ini, boleh cari untuk dapatkan gambaran:

  1. A Beautiful Mind
  2. Through a Glass Darkly
  3. I Never Promise You a Rose Garden
Rujukan website:

http://www.nimh.nih.gov/health/topics/schizophrenia/index.shtml?utm_source=publish2&utm_medium=referral&utm_campaign=www.kpbs.org

Managements of Schizophrenia in Adults, in website of Malaysian Family Physician
http://www.e-mfp.org/2011v6n2_3/Schizophrenia.html

NOTA UNTUK PENULIS:
=> Biochemistry and Schizophrenia
=> Dopamine
=> GABA

Saturday, January 25, 2014

berkarya itu impian

"Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti."
[Saidina Ali bin Abi Talib]


Wednesday, January 22, 2014

Done with Anthem

Penangan Anthem by Hlovate

Assalamualaikum. Sampai rumah dari kuala lumpur, usai peperiksaan semester.

Petang.

Selongkar cari novel.

Found ‘Anthem’ by Hlovate.
Seriously, reading this make me remember my old time. School time. There we are trained with discipline. How time flies…
I know it was hard to transform ourselves to a good one when there are no body understand. Allah, help them who want to be good.
.
.
.
.
.
Not finish reading yet.
^__^

Wanna go to india, new Zealand, turkey and UK. Makkah and Madinah is always in my heart.

~17 Januari 2014~

Now, it's done. Continue with other books.


Saturday, January 11, 2014

Saturday, January 4, 2014

RAJIN

Sempena musim peperiksaan, sebarkan virus kerajinan. Manfaatkan masa.

Bak kata Azam, practice make perfect. 



7 jan: Molecular Biology II
9 jan: Fat and Oil Biochemistry
15 jan: Enzymology