Tuesday, March 5, 2013

Keliru



Assalamualaikum. 

Ya Allah, aku keliru dengan perasaanku. Tak pasti aku dapat bertahan atau tidak. 
Aku sedaya upaya menjaga hati ini. Namun, aku gagal lagi yaAllah. Sukar sungguhh.

Aku tidak mahu berbicara tentang perasaan. 
Aku tahu, aku tidak kuat. 
Pasti tewas.
dan..
telah tewas.

Malu aku.
Malulah wahai diri.




Monday, March 4, 2013

Done with Induksi


Alhamdulillah, selesai sudah program Induksi Surau selama 2 hari. Alhamdulillah, Allah beri saya kekuatan untuk bersama sahabat2 untuk handle induksi. 

Bermula rabu malam minggu lepas, suhu badanku naik 38C. Allah, sungguh kali ini saya teruji. Demam, batuk dan keletihan bergaul sekali. Ku gagahi juga menghadiri perjumpaan, keluar membeli barang2 dalam keadaan tidak stabil. Alhamdulillah,, Allah jagakan saya saat Dia menguji saya. Penyayangnya Dia. <3

Program induksi ini adalah yang ketiga sepanjang sesi ini. Terbaiklah sahabat2. Tidak pernah sesebuah surau buat induksi samapai 3 kali. Alhamdulillah. Semoga mendapat keberkatan dari Allah. 

Sambut birthday timb Pengerusi surau. =) Surprise..
Induksi sudah selesai. Selepas ini kena teruskan tanggungjawab saya sebagai ini dan itu. hmmm.. no more excuses. Be responsible. 


Saturday, February 23, 2013

BLUEBERRY MUFFIN.


aSSAlamualaikum,, sebelum pulang ke Kuala Lumpur hujung minggu lepas, sempat membuat blueberry muffin kali kedua. 
Sedap. Tak susah pun naik buat. 




RESEPI....................

Bahan:
170g mentega
160g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
4 biji telur gred A
350g tepung gandum
20g baking powder
1 camca the esen vanilla
Blueberry filling secukupnya
Badam keping untuk hiasan
Muffin cup
160ml susu segar / ½ cawan susu cair

Cara-cara:
1.    Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
2.    Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata.
3.    Susukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran ¾ penuh. Tabur dengan sedikit badam keeping dan susun dalam dulang pembakar.
4.    Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20-25 minit. 


Wednesday, February 6, 2013

Kejayaan adalah seperti MAGNET


Orang yang berjaya, akan menarik orang yang berjaya yang lain menghampiri mereka seperti magnet.

Pernah saya menulis tip mengenai “success breed success”. Ini adalah sebabnya…

Apabila seseorang itu berjaya, mereka akan dapat menarik orang-orang berjaya yang lain menjadi bulatan kenalan. Oleh sebab kita akan menjadi seperti orang-orang disekeliling kita, maka, seseorang itu akan bertambah kejayaannya oleh kerana dapat “associate” dengan mereka berjaya yang lain.

Kejayaan pertama adalah yang paling sukar. 
Tetapi, sekali anda mencapai kejayaan yang pertama, kejayaan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya akan menjadi semakin mudah oleh kerana kejayaan adalah seperti magnet! 

 http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/kejayaan-adalah-seperti-magnet/

Sunday, February 3, 2013

SELAWAT IBRAHIMIYAH


Selawat ini wajib kita baca dalam solat.. sedarkah kita?

اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم و على آل إبراهيم , اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم و على آل إبراهيم فى العالمين إنك حميد مجيد

Friday, February 1, 2013

NOORAH


Assalamualaikum..

Jom mengulas buku. =)

Kisah Noorah telah saya baca dalam karya kak Ummu Hani Abu Hassan, terbitan Galeri Ilmu. Banyak pengajaran yang boleh kita kutip dari pengalamannya. 
 
Yang paling saya terkesan, tentang nikmat iman. Nikmat iman dan islam itu telah mengubah peribadi seorang gadis yang degil kepada seorang yang teguh pendirian.Mengamalkan ajaran Islam yang sebenar-sebenarnya mampu merubah sese orang kea rah lebih baik. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana memberi taufiq dan nur hidayah kepada Kathryn Bennet.

Ya Allah, limpahkanlah nur hidayahMu kepada saya, keluargaku, sahabat-sahabatku di alam persekolahan dan alam university… Amin.

Ukhti Noorah telah banyak melalui pelbagai jenis ujian yang Allah datangkan buatnya, antaranya ujian suami dan ujian kesihatannya..di mana dia telah endapat kanser payudara. Innalillah. Berkat kesabarannya, beliau mampu keluar dari kemelut yang melanda. Alhamdulillah.

Dalam travelog ini juga penulis juga menghuraikan sejarah kedatangan Islam ke Britain. Sejarah mengajar kita. Islam di Tanah Inggeris itu sedang berkembang kala ini, berkat usaha kaum Muslimin terdahulu. Alhamdulillah.

Saya kagum dengan beliau. Terima kasih kepada penulis, kak Ummu kerana menghadirkan kisah beliau untuk masyarakat mengambil pengajaran. =) Semoga Allah membalas jasa dia.

Waallahua’lam.