Saturday, February 23, 2013

BLUEBERRY MUFFIN.


aSSAlamualaikum,, sebelum pulang ke Kuala Lumpur hujung minggu lepas, sempat membuat blueberry muffin kali kedua. 
Sedap. Tak susah pun naik buat. 




RESEPI....................

Bahan:
170g mentega
160g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
4 biji telur gred A
350g tepung gandum
20g baking powder
1 camca the esen vanilla
Blueberry filling secukupnya
Badam keping untuk hiasan
Muffin cup
160ml susu segar / ½ cawan susu cair

Cara-cara:
1.    Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
2.    Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata.
3.    Susukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran ¾ penuh. Tabur dengan sedikit badam keeping dan susun dalam dulang pembakar.
4.    Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20-25 minit. 


Wednesday, February 6, 2013

Kejayaan adalah seperti MAGNET


Orang yang berjaya, akan menarik orang yang berjaya yang lain menghampiri mereka seperti magnet.

Pernah saya menulis tip mengenai “success breed success”. Ini adalah sebabnya…

Apabila seseorang itu berjaya, mereka akan dapat menarik orang-orang berjaya yang lain menjadi bulatan kenalan. Oleh sebab kita akan menjadi seperti orang-orang disekeliling kita, maka, seseorang itu akan bertambah kejayaannya oleh kerana dapat “associate” dengan mereka berjaya yang lain.

Kejayaan pertama adalah yang paling sukar. 
Tetapi, sekali anda mencapai kejayaan yang pertama, kejayaan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya akan menjadi semakin mudah oleh kerana kejayaan adalah seperti magnet! 

 http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/kejayaan-adalah-seperti-magnet/

Sunday, February 3, 2013

SELAWAT IBRAHIMIYAH


Selawat ini wajib kita baca dalam solat.. sedarkah kita?

اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم و على آل إبراهيم , اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم و على آل إبراهيم فى العالمين إنك حميد مجيد

Friday, February 1, 2013

NOORAH


Assalamualaikum..

Jom mengulas buku. =)

Kisah Noorah telah saya baca dalam karya kak Ummu Hani Abu Hassan, terbitan Galeri Ilmu. Banyak pengajaran yang boleh kita kutip dari pengalamannya. 
 
Yang paling saya terkesan, tentang nikmat iman. Nikmat iman dan islam itu telah mengubah peribadi seorang gadis yang degil kepada seorang yang teguh pendirian.Mengamalkan ajaran Islam yang sebenar-sebenarnya mampu merubah sese orang kea rah lebih baik. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana memberi taufiq dan nur hidayah kepada Kathryn Bennet.

Ya Allah, limpahkanlah nur hidayahMu kepada saya, keluargaku, sahabat-sahabatku di alam persekolahan dan alam university… Amin.

Ukhti Noorah telah banyak melalui pelbagai jenis ujian yang Allah datangkan buatnya, antaranya ujian suami dan ujian kesihatannya..di mana dia telah endapat kanser payudara. Innalillah. Berkat kesabarannya, beliau mampu keluar dari kemelut yang melanda. Alhamdulillah.

Dalam travelog ini juga penulis juga menghuraikan sejarah kedatangan Islam ke Britain. Sejarah mengajar kita. Islam di Tanah Inggeris itu sedang berkembang kala ini, berkat usaha kaum Muslimin terdahulu. Alhamdulillah.

Saya kagum dengan beliau. Terima kasih kepada penulis, kak Ummu kerana menghadirkan kisah beliau untuk masyarakat mengambil pengajaran. =) Semoga Allah membalas jasa dia.

Waallahua’lam.


Wednesday, January 30, 2013

Percutian 1 Hari 1 Malam

Assalamualaikum..
Semoga dalam iman dan islam, alhamdulillah.

Hujung minggu lepas ayah dan ibu bawa kami sekeluarga ke Cameron Highland. Percutian awal tahun. Pelik, tapi benar. Haha. =) Antara sebab pergi ke sana, ibu kata sudah banyak kali saya kena tinggal. hmm. Thats true. A few times my family go there when i'm still in KL.
Sebab lain, lepas ini, ibu, ayah dan adik perempuanku itu mesti sibuk. Ya lah kan, mereka nk ke Tanah Suci pertengahan tahun nanti. 

I'm gonna share some pictures when we are there.

Sebelah kanan: Bilik yang disewa, berhadapan dengan tanaman kubis, Kampung Taman Sedia.


Pemandangan cantik di pagi hari.

   
Ada jejaka idaman malaya dalam bungkus selimut. =D

Sarapan pagi dengan strawberi. Alahmdulillah.
Jom tatap pokok strawberi. =)
Buah yang sedang menjadi.
Semasa dalam perjalanan pulang, jalan jammed..sempat snap gambar ini.
Deretan pokok yang di jual. Adinda2ku beli kaktus.

Sunday, January 27, 2013

hUjung minggu selepas peperiksaan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Alhamdulillah, semester 1 sesi 2012/2013 telah selamat melabihkan tirai. Usai peperiksaan, kini saya perlu bertawakkal kepada Allah, moga Dia mengurniakan kejayaan dalam pelajaran buat saya dan sahabat-sahabat sekalian.


 

Sabtu lepas, saya berkesempatan ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menghantar adinda Sabahan yang pulang ke KK. Alhamdulillah, perjalanan di pagi hari selamat. Itu adalah kali pertama saya dan sahabat, Siti Fatimah ke sana. =) Melihat lapangan terbang membuat saya lebih teruja mahu terbang dengan ‘belon’ kata orang Sarawak. Di sana, sempat kami bersarapan bersama.
 

Pulang dari KLIA, terus ku pusing kereta menghala ke Serdang. Aha, ini yang menarik. Kami terpusing merata-rata mencari arah ke Serdang. Beberapa kali berhenti tanya,barulah mendapat arahan yang betul untuk ke MAEPS,Serdang. Agak kelakar. Hmmm, siapa suruh tidak buat ulangkaji dahulu. Ok, ambil pengajaran.
 

Apa yang saya buat di MAEPS?
 

Konvensyen Fiqh Wanita dan Islam (Kfiqh). Kfiqh ini berlangsung dua hari, sabtu dan ahad. Alhamdulillah, banyak yang saya pelajari sepanjang dua hari di konvensyen ini. Syukur atas peluang ini, saya dan sahabat berpeluang bertemu muka dengan insan-insan hebat dalam pelbagai bidang. Apa yang saya dapat insyaAllah saya akan kongsikan pada entri akan datang.
 

Ada sesuatu yang saya teringin mahu sebutkan, saya berpeluang solat zuhur di atas rumput di tengah tengahari yang terik. 
Alhamdulillah, Allah beri nikmat itu. 
Alhamdulillah, tidak semua orang mahu dan mampu untuk solat berbumbungkan langitNya. Mengapa solat di atas rumput? Kerana ruang solat yang disediakan tidak dapat menampung jumlah peserta yang sangat ramai. Alhamdulillah, sudah lama saya tidak solat dalam keadaan seperti itu. Sangat menginsafkan.

Nanti kita sambung lagi dalam entri akan datang.

23 jANuari 2013. Jitra, Kedah.