Thursday, January 20, 2011

quotes for us..

Assalamualaikum everybody...


hope all of us in healthy everyday... thanks to Allah for give us everything we need without paying it..









insyaAllah,,, from Allah we get strength!!!


Tuesday, January 18, 2011

TUNDRA...


what is tundra???
-it is a biome
-with low temperature
-short growing season

this part of the world is one of the great place, and i love to look it again and again.
below there some picture..
what are there??????????????



Snowy owl



Lemming

Pika


Bearberry












Sunday, January 16, 2011


ya Ilahi...
banyaknya dosa 
yang telah ku kutip
di sepanjang perjalanan hari ini
Ya Rabbi...
hijabkan diri ku ini
jangan Kau lekakan hamba 
dengan ni'mat dunia
Ya 'Aziz...
hatiku tidak kuat
dalam mengekang gelodak jiwa
hatiku sentiasa berbolak-balik
duhai hati...
jagalah imanku
kuatkanlah imanku
agar aku dapat 
menjaga iman saudara lain
duhai mata....
jangan kau lihat
apa yang tidak sepatutnya
duhai diri..
hijabkan dirimu
dari pandangan fitnah
kelak nanti
kau akan ditanya 
tentang apa
yang telah kau lakukan



Sunday, January 9, 2011

kErAnA UKHWAH!!


UKHWAH ITU INDAH...

 


SUBHANALLAH...
 
 


ALHAMDULILLAH...
 
 


ALLAHUAKHBAR...
 
 


LAILAHAILLALLAH...
 
 


Semoga ukhwah yang kita bina mendapat redha Allah...
     


Friday, January 7, 2011

Naqiah Khalida

Membaca novel ini membuat saya berfikir banyak. Banyak pengajaran yang dapat diambil dari watak utama ini.. Ahh..,,siapa sangka, dalam ketika banyak perkara yang perlu dilakukan, saya masih sempat membaca novel.

Saya amat tertarik tatkala membuka halaman awal sebelum plot penceritaan bermula, satu hadis ini amat kena dengan keadaan diri saya sekarang. Itu yang menyebabkan saya mahu menghadam segala isinya di dalam. 

Hadisnya...
"Barang siapa dikehendaki Allah kebaikan baginya, maka dia diuji (dicuba dengan sesuatu musibah)"
Hadis Riwayat Al-Bukhari

Subhanallah,, cantik sungguh cara Dia memberi semangat buat hambanya. Setiap orang mempunyai pendekatan yang tersendiri. Cara yang dapat diterima...

   

Keajaiban Allah...

http://en.harunyahya.tv/videoDetail/Product/36638/THE_MIRACLE_OF_THE_BRAIN
semoga mendapat manfaat... :-)

Monday, January 3, 2011

Azam

2011 TELAH TIBA 



Perjalanan mengembara di alam universiti ku teruskan. Hari ini semester 2 sesi 2010/2011 telah bermula. Semoga saya dan sahabat semua memulakan semester ini dengan azam dan matlamat yang baru, sekalipun azam masih yang lama, pastikan ia sentiasa diperbaharui agar kita punya semangat yang baru untuk menjadi orang yang lebih baik. 
Azamku,moga semester baru ini menjadi titik perubahan dalam hidup. Kesalahan yang lama tidak seharusnya kuulangi lagi. Antara perkara yang tidak mahu saya lakukan adalah menangguh-nangguhkan kerja. Akibatnya amat banyak sekali. Kita perlu seringkali diingatkan agar tidak membuang masa yang ada. Ini kerana kita tak tahu sejauh mana banyaknya kerja yang perlu dilakukan pada masa akan datang.

Saya teringat akan satu pepatah arab yang mengatakan,
'masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita'.Dari kata-kata ini, dapat kita simpulakan bahawa masa itu memang amat penting untuk dimanfaatkan. Janganlah kita menjadi dari kalangan orang-orang yang rugi. 
Dalam surah Al-Asr, Allah ada mengatakan yang sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Jadi kita seharusnya mengambil ikhtibar darinya.
Ayuh,,,,,,manfaatkan masa yang ada. Semoga segala usaha kita mendapat keredhaan dari Yang Maha Berkuasa.
Waallahu'alam.